Jumat, 31 Desember 2010

Profil SBY

Nama : Susilo Bambang
Yudhoyono
Alamat Asal : Bogor
Tempat Tanggal Lahir : Pacitan, 9
September 1949;
Cerita Singkat :
Dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur
kepada Raden Soekotjo dan Siti
Habibah, SBY menyertai dunia
ketenteraan mengikut jejak
ayahnya. Pada tahun 1973, beliau
lulus dari akademi Angkatan
Bersenjata Republik Indonesia
(AKABRI) dengan penghargaan
“ Adhi Makayasa” sebagai murid
lulusan terbaik dan “Tri Sakti
Wiratama” yang merupakan
prestasi gabungan mental, fizikal,
dan intelek yang tertinggi.
Dalam tempoh antara 1974 dan
1976, SBY memulakan kerjayanya
dengan Dan Tonpan Yonif Linud
330 Kostrad. Kemudian pada
tahun 1976, beliau belajar di
Sekolah Bawaan Udara dan
Renjer Tentera Amerika Syarikat,
serta menyertai banyak lagi
kursus untuk kemajuan diri. Sila
lihat: Pendidikan SBY. SBY
ditugaskan untuk operasi-
operasi di Timor-Timur pada
tempoh 1979-1980 dan
1986-1988.
Dari 1989 ke 1993), SBY bertugas
sebagai Pensyarah Seskoad
Korspri Pangab, Dan Brigif Linud
17 Kujang 1 Kostrad (1993-1994,
Asops Kodam Jaya (1994-1995)
dan Danrem 072/Pamungkas
Kodam IV/Diponegoro (1995)
serta Ketua Pemerhati Tentera
bagi Pengaman Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di
Bosnia-Herzegovina
(1995-1996). Kelulusan SBY dari
Kolej Pegawai Perintah dan
Turus, Fort Leavenwort, Kansas,
Amerika Syarikat, serta Saujana
Sasteranya (MA) dari Universiti
Webster Pengurusan
(Management Webster
University), Missouri, Amerika
Syarikat juga membantu
kerjayanya di Kasdam Jaya
(1996), Pangdam II/Sriwijaya
sekaligus Ketua Bakorstanasda,
Ketua Fraksi ABRI MPR pada
Sidang Istimewa MPR tahun
1998, dan Ketua Staf Wilayah
(Kaster ABRI) dari 1998 ke 1999.
Pada tahun 1997, SBY diangkat
sebagai Ketua Angkatan
Bersenjata dan Staf Urusan Sosial
dan Politik. Kerjaya tenteranya
terhenti ketika beliau dilantik
oleh Presiden Abdurrahman
Wahid sebagai Menteri
Pelombongan dan Tenaga pada
26 Oktober 1999, dan Menteri
Penyelaras Politik, Sosial, dan
Keamanan. Perlantikan itu terjadi
sewaktu Presiden Abdurrahman
Wahid berada di “hujung
tanduk”. SBY mundur daripada
jawatan-jawatan tersebut pada
11 Mac 2004 sewaktu pimpinan
pemerintahan dikendalikan oleh
Presiden Megawati Sukarnoputri
kerana dicalonkan oleh Parti
Demokrat sebagai calon
presiden.
SBY memperoleh kedoktorannya
(PhD) dalam bidang Ekonomi
Pertanian dari Institut Pertanian
Bogor (IPB) pada 3 Oktober
2004. Pada 15 Desember 2005,
beliau menerima doktor
kehormat dalam bidang ilmu
politik dari Universiti Thammasat
Bangkok (Thailand). Dalam
ucapannya sewaktu menerima
anugerah tersebut, beliau
menegaskan bahawa politik
merupakan seni untuk
perubahan dan transformasi
dalam sebuah negara demokrasi
yang damai. Beliau tidak yakin
sepenuhnya bahawa politik
adalah ilmu.
Dalam Persidangan Istimewa
Parliamen Rakyat] pada akhir
Julai 2001, SBY menjadi calon
Naib Presiden. Walaupun tidak
terpilih, nama SBY tetap bersinar.
Dalam kabinet Megawati-Hamzah,
SBY dilantik semula sebagai
Menkopolkam, satu jawatan yang
strategik. Semasa tempoh
perjawatannya itu, SBY
mengendalikan banyak kes yang
harus diselesaikan, terutama kes-
kes mengenai Aceh, Poso, dan
Maluku. Beliau memainkan
peranan yang besar dalam
menentukan darurat tentera di
Aceh dan Maluku. SBY juga
memainkan peranan yang besar
dalam perjanjian Malino untuk
menyelesaikan pertikaian di
Poso.
Dalam pilihan raya umum 2004,
SBY menewaskan Megawati
Sukarnoputri dan menjadi ketua
negara Indonesia.
Dalam kehidupan peribadinya,
SBY berkahwin dengan Kristiani
Herawati, anak ketiga kepada
Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi
Wibowo, komandan RPKAD (kini
Kopassus) yang membantu
menumpaskan Parti Komunis
Indonesia (PKI) pada tahun 1965.
Mereka dikurniakan dengan dua
orang anak lelaki: Agus Harimurti
Yudhoyono, dan Edhie Baskoro
Yudhoyono.
Prestasi :
Pendidikan
1973: Akademi Angkatan
Bersenjata Republik Indonesia
(Akabri)
1976: Kursus Bahasa Amerika,
Lackland, Texas, Amerika Syarikat
1976: Kursus Bawaan Udara dan
Renjer, Fort Benning, Amerika
Syarikat
1982-1983: Kursus Lanjutan
Pegawai Infantri, Fort Benning,
Amerika Syarikat
1983: Latihan semasa kerja
dalam Bahagian Bawaan Udara
ke-82, Fort Bragg, Amerika
Syarikat
1983: Sekolah Peperangan
Hutan, Panama
1984: Kursus Senjata Anti Kereta
Kebal di Belgia dan Jerman
1985: Kursus Komando Batalion
1988-1989: Sekolah Komando
Angkatan Darat
Kolej Pegawai Perintah dan
Turus, Fort Leavenwort, Kansas,
Amerika Syarikat
Saujana Sastera (MA) dari
Universiti Webster Pengurusan
(Management Webster
University), Missouri, Amerika
Syarikat
2004: Kedoktoran dalam bidang
Ekonomi Pertanian dari Institut
Pertanian Bogor (IPB).
Kerjaya
1974-1976: Dan Tonpan Yonif
Linud 330 Kostrad
1976-1977: Dan Tonpan Yonif
305 Kostrad
1977: Dan Tn Mo 81 Yonif Linud
330 Kostrad
1977-1978: Pasi-2/Ops Mabrigif
Linud 17 Kujang I Kostrad
1979-1981: Dan Kipan Yonif
Linud 330 Kostrad
1981-1982: Paban Muda Sops
SUAD
1983-1985: Komandan Sekolah
Pelatih Infantri
1986-1988: Dan Yonif 744 Dam
IX/Udayana
1988: Paban Madyalat Sops Dam
IX/Udayana
1989-1992: Pensyarah Seskoad
1993: Korspri Pangab
1993-1994: Dan Brigif Linud 17
Kujang 1 Kostrad
1994-1995: Asops Kodam Jaya
1995: Danrem 072/Pamungkas
Kodam IV/Diponegoro
November 1995 – : Ketua
Pemerhati Tentera bagi
Pengaman Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-
Herzegovina
1996: Kasdam Jaya (hanya lima
bulan)
1996- Pangdam II/Sriwijaya
merangkap Ketua Bakorstanasda
1998: Ketua Fraksi ABRI MPR
(Persidangan Khas MPR 1998)
1998-1999: Ketua Staf Wilayah
(Kaster ABRI)
26 Oktober 1999 – : Mentamben
Menko Polsoskam (Pemerintahan
Presiden Abdurrahman Wahid)
Menko Polkam (Pemerintahan
Presiden Megawati Sukarnoputri)
mengundurkan diri 11 Mac 2004
Penugasan
Operasi Timor Timur
(1979-1980), dan 1986-1988
Anugerah Susilo Bambang
Yudhoyono
1973: Tri Sakti Wiratama
(Prestasi Tertinggi Gabungan
Mental Fizikal, dan Intelek)
1973: Adhi Makayasa (kelulusan
terbaik Akabri
1976: Satya Lencana Seroja
1983 Siswazah Kepujian IOAC,
Amerika Syarikat
1985: Satya Lencana Dwija Sista
1989: Kelulusan terbaik Seskoad
Susreg XXVI
1989: Pensyarah Terbaik
Seskoad
1996: Satya Lencana Santi
Dharma
1996: Satya Lencana Pengaman
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNPF)
1996: Satya Lencana Pihak
Berkuasa Peralihan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di
Slavonia Timur, Baranja, dan
Sirmium Barat (UNTAES)
1998: Bintang Kartika Eka Paksi
Nararya
1998: Bintang Yudha Dharma
Nararya
1998: Sayap Penerbang TNI-AU
1998: Sayap Kapal Selam TNI-AL
1999: Bintang Kartika Eka Paksi
Pratama
1999: Bintang Yudha Dharma
Pratama
1999: Bintang Dharma
1999: Bintang Maha Putera
Utama
2003: Tokoh Berbahasa Lisan
Terbaik
2005: Bintang Asia (Star of Asia)
oleh BusinessWeek
2006: Bintang Kehormat Darjah
Kerabat Laila Utama oleh Sultan
Brunei
2008: Darjah Utama Seri Mahkota
Negara oleh Yang DiPertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar